7 Sebab kenapa orang bujang juga perlukan perlindungan Takaful.

Sering kali kita dengar tentang kepentingan takaful kepada pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sekurang-kurangnya, jika terjadi sesuatu kepada anda, pampasan akan diberikan kepada orang yang anda sayangi. Mereka akan mempunyai sejumlah wang untuk mereka meneruskan hidup, insha’Allah.

Akan tetapi, jika anda seorang yang muda, gagah perkasa, sihat dan masih bujang, perlindungan takaful mungkin tidaklah sepenting mereka yang sudah bekeluarga.

Tambahan, topik berkaitan kematian memang tidak langsung terlintas dek akal dan topik kematian akan dianggap sebagai buang masa dan tidak perlu difikirkan lagi kerana umur masih muda lagi, kan? Tanpa anda ketahui, anda yang bujang juga perlukan perlindungan takaful.

Berikut adalah 7 sebab kenapa orang bujang juga perlukan perlindungan takaful.

  1. TANGGUNGAN YANG ANDA TIDAK SEDARI

Bila kita dengar perkataan “tanggungan” seringkali akan terfikir akan “anak-anak”. Mana mungkin seorang bujang ada tanggungan. Namun, untuk konteks ini, tanggungan yang dimaksudkan adalah ibubapa, adik beradik yang memerlukan extra care dari anda.

Jika anda telah memberikan bantuan kewangan atau merancang untuk membantu mereka dari segi kewangan di masa hadapan, dengan ada perlindungan takaful akan memudahkan kerja anda.

Tidak kira lah sekuat atau sesihat mana anda sekarang, life happens, jadi sediakan perlindungan takaful untuk diri sendiri agar ibubapa atau adik beradik yang bergantung pada anda tidak dibiarkan begitu saja jika sesuatu terjadi pada anda.  

2. HARGA MAMPU MILIK KETIKA ANDA MASIH MUDA.

Anda harus tahu, semakin meningkat usia, semakin tinggi harga sesebuah polisi takaful. Ini kerana, semakin meningkat usia, risiko anda memerlukan rawatan perubatan makin tinggi atau komplikasi kesihatan yang boleh mengakibatkan kematian.

Bayangkan jika anda mendapatkan perlindungan takaful ketika anda sudah 40an atau 50an, anda akan dikenakan kadar yang tinggi untuk faedah yang sedikit. Namun, jika anda mengambil perlindungan takaful ketika masih muda, harga polisi takaful masih mampu milik.

Klik ntuk mendapatkan Free quotation

3. ANDA MEMPUNYAI HUTANG

Melainkan anda bijak menguruskan wang dan selesaikan semua hutang anda. Walaupun setelah anda meninggal dunia, hutang masih berbaki.

Pinjaman pendidikan akan langsai jika peminjam meninggal dunia, tetapi pinjaman yang lain seperti  personal loan, loan rumah, kad kredit dan lain-lain masih akan dituntut walaupun peminjam sudah meninggal dunia. Waris akan dipertanggungjawabkan untuk membayar baki hutang.

Anda boleh mengunakan perlindungan takaful untuk melangsaikan hutang-hutang anda. Pinjaman anda mungkin selama 30 tahun, 50 tahun tetapi  anda harus ingat, anda harus sediakan perancangan untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut melainkan anda yakin akan jangka hayat anda.

4. ANDA MEMILIKI PERNIAGAAN

Jika anda memiliki perniagaan bersama rakan kongsi, seharusnya akan ada satu klause di dalam kontrak jika berlaku kematian. Perniagaan tersebut mungkin akan mengalami kekurangan sumber dana untuk meneruskan perniagaan jika berlaku kematian antara rakan kongsi.

Dengan adanya perlindungan takaful, perniagaan anda boleh berjalan seperti biasa. Kerana dengan adanya perlindungan takaful, sejumlah pampasan akan diberikan kepada perniagaan tersebut untuk terus beroperasi.

5. TANGGUNGAN MASA HADAPAN

Mungkin perkahwinan, mempunyai cahaya mata bukan dalam perancangan anda buat masa ini, Namun, tiada siapa yang tahu apa akan jadi dalam masa 5 tahun atau 10 tahun akan datang.

Dengan mengambil perlindungan ketika masih muda dan sihat. Anda mungkin akan dapat kurangkan kos untuk mengambil perlindungan takaful untuk anak-anak di masa hadapan kelak.

Tambahan pula, dengan usia muda, anda tidak perlukan nilai pampasan yang tinggi, cukup sekadar ada polisi. Kerana apabila anda sudah memiliki asas takaful, anda boleh tambah kemudian hari.

6. TABUNG UNTUK PENGURUSAN JENAZAH

Sungguhpun anda bujang, anda masih memerlukan seseorang samada waris, kawan atau saudara mara yang akan menguruskan jenazah anda. Pengurusan jenazah juga memerlukan  sejumlah wang yang banyak.

Ajal maut, jodoh pertemuan semua itu adalah rahsia Allah. Namun, selain beramal ibadat, kita juga perlu bersedia dari segi kewangan.

Secara puratanya, harga untuk pengurusan jenazah daripada aspek mandikan jenazah – kafan – van jenazah – keranda – upah penggali kubur – batu nisan sehinggalah ke kenduri tahlil boleh dan akan mencecah lebih dari RM2,000.

Anda tidak perlukan polisi takaful yang menyediakan pampasan tinggi, cukup sekadar boleh menampung perbelanjaan ini tanpa perlu memaksa waris atau sesiapa untuk menangung kos ini.

7. ANDA MEMILIKI SIFAT DERMAWAN

Memiliki sebuah polisi takaful boleh membantu anda daripada pelbagai sudut bukan sekadar untuk perlindungan daripada bil rawatan hospital swasta sahaja. Jika anda seorang yang mempunyai sifat dermawan dan anda suka menderma dan bersedekah, mungkin anda boleh berikan sedekah jariah selepas anda tiada.

Mungkin semasa muda, anda ada kekangan atau kurang untuk memberikan sedekah jariah. Jika anda melangan takaful sekarang, anda boleh memberikan seluruh atau sebahagian daripada nilai pampasan dengan sedekah jariah. Jika anda tiada waris atau tanggungan, dengan sedekah jariah ini sudah pasti anda akan mendapat pahala, insha’Allah.

Seperti firman Allah swt di dalam Al Quran [99:7]

Maksudnya : Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).

Pahalanya kekal mengalir walaupun kita telah meninggal dunia.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

Walau apa pun rancangan anda utk masa skrg dan masa hadapan, orang bujang juga perlukan takaful.

Adakah anda sudah mempunyai polisi takaful?  
Adakah anda rasa bahawa orang bujang tidak memerlukan perlindungan takaful?

Al Furqran Halit
016-8701347

Senarai Semak Kad Perubatan

Anda sudah mempunyai medical card? Dan sekarang nak tahu cara gunakan pula?

Sebelum menggunakan Medical Card, adalah lebih wajar untuk anda menyemak terlebih dahulu tentang kad perubatan / medical card.  Saya sediakan untuk anda checklist sebelum menggunakan medical card.

Continue reading “Senarai Semak Kad Perubatan”

MRTT atau MLTT ?

Apa yg anda tahu tentang MRTT dan MLTT ?

Ramai yg tahu perkara ni adalah sebagai insurans loan rumah.  Yup, betul . Insurance Loan Rumah. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pihak bank supaya mereka mendapat semula loan yg diberikan sekiranya berlaku sebarang musibah kepada peminjam loan tersebut.

Dalam perancangan kewangan Islam, kita disarankan untuk mengambil produk yg berteraskan syariah. Maka dengan ini, MLTT dan MRTT adalah produt yg tepat kerana keduanya berlandaskan syariah.

Dibawah saya sediakan satu jadual perbandingan antara MRTT dan MLTT.

Continue reading “MRTT atau MLTT ?”

Senarai Semak sebelum membeli polisi/pelan takaful.

  1. Benar-benar memahami pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat yang ada, had manfaat dan pengecualiannya.
  2. Memastikan premium/ caruman takaful yang akan anda bayar adalah berpatutan dengan bajet anda – Disyorkan 10% drp pendapatan anda.
  3. Memastikan nilai perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
  4. Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya adalah tepat dan jelas.
  5. Berurusan hanya dengan ejen berdaftar dan berlesen atau secara terus dengan pengendali takaful.
  6. Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.

Memahami Insurans & Takaful

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu kepada syarikat insurans. Anda dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda dilanda musibah, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Takaful yang bermaksud saling menjamin dan berasal dari perkataan Arab – kafala.  Takaful juga adalah pelan yang berlandaskan syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful ke dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’), anda telah menandatangani kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain – Sekiranya salah seorang peserta dilanda musibah.

Kontrak Takaful adalah atas dasar penuh percaya mutlak . Anda sebagai pemegang polisi haruslah mendedahkan semua maklumat yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi  anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi dari sebarang musibah.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati kebaikkan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui jika anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.